
Dakwa MH370 Sengaja Ditenggelamkan Dalam Misi Bunuh Diri, Ini Respon Ketua Polis Negara
Semalam, dalam satu petikan dokumentari, bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mendakwa ‘pemimpin kanan’ Malaysia percaya pesawat MH370 sengaja ditenggelamkan dalam misi bunuh diri juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Former Prime Minister @HonTonyAbbott has revealed the “highest levels” of the Malaysian Government believed those on board MH370 were killed by a suicidal pilot.https://t.co/0H299ksG1q
— Sky News Australia (@SkyNewsAust) February 18, 2020
Menafikan kenyataan berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu sehingga kini siasatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia yang menjurus kepada semua sudut termasuklah terrorism dan rampasan dalam mencari punca sebenar kehilangan pesawat berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Tidak dapat memberikan komen lanjut berhubung perkara berkenaan kerana siasatan masih belum konklusif, Abdul Hamid menjelaskan beliau tidak mengetahui mengenai individu ‘pemimpin kanan’ tersebut, tetapi pihak kita (PDRM) sewaktu itu terlibat dalam siasatan termasuklah beliau.
“Kita tidak jumpa rangka kapal terbang, kita tidak dapat menemui penumpang yang berada dalam pesawat terbabit. Itu masalahnya.
Banyak fakta yang telah terkumpul maka apabila katakanlah (pesawat) ditemui nanti, mungkin akan dibuka semula nanti (teori siasatan).”

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang serta kru hilang pada 8 Mac 2014 masih belum ditemui walaupun misi mencari digerakkan di Lautan Hindi, membabitkan kawasan seluas 120,000 kilometer persegi termasuk pencarian di dasar laut sebelum akhirnya digantung pada Januari 2017.
BACA: ‘Into Thin Air’, Sebuah Filem Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370
Sehingga ke hari ini, kehilangan MH370 telah djadikan beberapa topik konspirasi antaranya dipintas pesawat tempur Malaysia, diambil alih penggodam, ditembak jatuh pesawat tempur musuh, dirampas oleh Rusia atas arahan Vladamir Putin dan cubaan bunuh diri oleh Kapten Zahari.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Trending now



