
Ronaldo Bahagia Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang
Antara pekerjaan yang didatangkan dengan pendapatan lumayan ialah menjadi pemain bola sepak dunia. Sepanjang sedekad ini, nama Cristiano Ronaldo sering menjadi fokus media kerana bukan sahaja kejayaannya dalam bidang bola sepak malah kekayaannya itu menjadi impian setiap orang.
Dilaporkan, Ronaldo memberikan elaun £80,000 (RM432,732) sebulan kepada tunangnya, Georgina Rodriguez bagi menyara keperluan hidup yang tinggi. Bintang Portugal itu dan Rodriguez menjalani gaya hidup mewah di Turin dengan gaji £28 juta (kira-kira RM151 juta) setahun bersama Juventus.
Kita dengar jumlahnya sangat banyak tetapi syarikat penerbitan Itali, Corriere dello Sport mendakwa Ronaldo gembira memberikan tunangnya yang berusia 26 tahun dengan elaun besar setiap bulan.
Dengan pendapatan berjuta-juta setiap bulan, tidak hairanlah keluarga mereka terus menjalani kehidupan yang menjadi impian semua orang.
Ia termasuk bercuti di atas kapal mewah yang dianggap perkara biasa dilakukan terutama ketika majlis sambutan hari lahir selain disertakan dengan hadiah yang mahal.

Ronaldo juga cukup bertuah dengan tunang disisinya kerana ketika sambutan hari lahir beliau yang ke-35, Rodriguez menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedez Benz yang dianggarkan bernilai £150k (RM801,620.25).
Pastinya Ronaldo gembira dengan hadiah yang diterima kerana beliau amat meminati mengumpul koleksi kereta mewah yang pelbagai.
https://www.instagram.com/p/B8My4VLIIVp/?utm_source=ig_embed
Sumber: BH
Trending now



