Isu Dana Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin

Isu Dana Rakyat Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin: Benarkah Ada Penyelewengan?

Pada 18 Februari, media melaporkan pendedahan Duta Palestin bahawa sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk tujuan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa tidak sampai kepada pihak pengurusan di negara itu.

Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali mencadangkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada masa depan, rakyat Malaysia digesa menggunakan saluran yang betul, termasuk agensi yang diiktiraf bagi memastikan dana sampai kepada pihak disasar.

Bagaimanapun, kenyataan beliau dinafikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang mana kebanyakannya tidak melalui kerajaan untuk menyerahkan sumbangan tetapi dana diserahkan terus kepada rakyat Palestin melalui wakil yang dilantik mereka.

Kata Timbalan Presiden Muslim Care yang merupakan pertubuhan kemanusiaan kepada Harian Metro, NGO Malaysia tidak melalui kedutaan kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak mesra dengan mereka.

Sementara itu, Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, berkata bantuan daripada pihaknya disalurkan terus menerusi wakil mereka di Palestin. Aman Palestin memberi tumpuan membantu dalam aspek kebajikan untuk rakyat Palestin seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian dan tajaan rawatan hospital (pembedahan).

Isu Dana Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin
Sumber: VPM

Kenyataan daripada badan-badan NGO ini sekali gus menafikan dakwaan Duta Palestin yang mengatakan sumbangan tidak sampai kerana NGO Malaysia banyak memberi tumpuan kepada rakyat Palestin.

Pengerusi MyCare mengulas tentang isu ini berkata kebanyakan dana rakyat Malaysia disalurkan ke Gaza berbanding di Baitulmaqdis. Ini menjawab kepada isu dana yang tidak sampai ke Masjid Al-Aqsa yang dibangkitkan Duta Palestin itu.

Namun, ia mencetuskan persoalan mengapa isu ini dibangkitkan jika benar tiada penyelewengan seperti didakwa?

Ada yang mendakwa kebanyakan derma untuk Al-Aqsa hanyalah skim penipuan, malah ada yang mengatakan Duta Palestin ini dilantik oleh pimpinan kerajaan Fattah yang lebih memilih untuk berdamai dengan penjajah dan pro Barat/ Israel.

Isu Dana Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin

Isu Dana Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin

Isu Dana Malaysia Tidak Sampai Ke Palestin

Bagaimanapun, jika benar Duta Palestin ini merupakan pro Israel, mengapa beliau turut membangkang ‘perjanjian abad ini’ oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah ‘malapetaka abad ini’ untuk rakyat Palestin?

Kami percaya, ada NGO yang benar-benar membantu Palestin tetapi ada juga yang melakukan kegiatan yang tidak sepatutnya berlaku menyebabkan mereka yang benar itu turut terpalit.

Secara ringkasnya, isu ini perlu dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab tentang hal ehwal Islam di sini agar tidak berlaku salah faham dengan perlu mengeluarkan senarai saluran sumbangan yang sah kepada rakyat Malaysia.

Manakala kerajaan PLO perlu bekerjasama dengan NGO Malaysia bagi menyelesaikan isu berbangkit di Masjid al-Aqsa bagi memastikan dana disalurkan ke sana.

Sumber: BH