Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal 6

Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal Untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia negara tunggal dipilih sebagai pembekal makanan halal untuk Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Bersedia untuk menyambut gelombang pengunjung dari seluruh dunia seramai 40 juta orang, Jepun selaku tuan rumah Sukan Olimpik 2020 sudah mengambil beberapa langkah sebagai tanda meraikan pengunjung terutamanya pengunjung Muslim yang dijangkakan seramai lapan juta.

BACA: Jepun Reka Obor Bunga Sakura Khas Untuk Olimpik 2020

Antaranya menyediakan masjid bergerak yang diubah suai daripada sebuah trak 25 tan dengan keluasan 48 meter persegi yang boleh memuatkan 50 orang jemaah dalam satu satu masa.

BACA: Jepun Sediakan Masjid Bergerak Demi Kemudahan Umat Islam Sempena Olimpik 2020

Selain itu, Jepun juga dikatakan memilih Malaysia sebagai negara tunggal membekalkan makanan halal sepanjang acara sukan tersebut berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos nanti menerusi satu kerjasama Jepun-Malaysia.

Malaysia negara tunggal jadi pembekal makanan halal

Sebuah kilang makanan jenama MyChef kini dikatakan sedang bersiap sedia menyediakan makanan halal ready-to-eat seperti nasi biryani dan nasi goreng.

Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal 2

Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal 4

Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal

Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal 3

Bukan itu sahaja, lebih 50 buah negara Muslim yang dijangkakan akan menyertai sukan ini selain daripada ratusan atlet Muslim dari negara-negara lain.

Kerajaan Malaysia telah meletakkan target untuk menjual sekitar RM300 juta makanan halal di acara berkenaan selain daripada menganjurkan Malaysia Street 2020 bagi memberi peluang kepada syarikat Malaysia menjual makanan halal kepada pembeli dan pembekal Jepun.

BACA: Sukan SEA 2019: Filipina Dikritik Hebat Berikutan Isu Kemudahan Dan ‘Venue’ Serba Daif

Sudah berpengalaman menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali, Jepun kali ini dilihat sangat bersedia bukan sahaja daripada segi penyediaan kemudahan yang kini dikatakan sudah siap sekitar 95%, tetapi juga hal-hal penginapan serta keselesaan pengunjung serta negara yang datang bertanding.

Sumber: Reuters, Astro Awani