tonton A QUIET PLACE 2

Tonton Trailer ‘A Quiet Place 2’ Yang Lebih Banyak Kejutan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kejayaan filem pertama A Quiet Place yang ditayangkan pada 2018 membuat penggemar filem ini tidak sabar menantikan sekuel keduanya.

John Krasinski sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Katanya, sekuel pada kali ini akan membawa cerita ke peringkat lebih rumit. Jika filem pertama tentang cara manusia bertahan hidup dari ancaman, filem kedua ini menceritakan tentang seberapa jauh manusia akan pergi untuk bertahan hidup.

Dalam trailer ini, banyak memaparkan dialog antara karakter dan akan menampilkan kisah kejadian raksasa yang belum dijelaskan pada filem pertama.

tonton A QUIET PLACE 2

Pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja lebih besar yang dikhabarkan untuk mencipta kesan visual yang menggambarkan keadaan bandar.

Turut disertai pendatang baharu iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou yang masih tidak diketahui watak mereka.

A Quiet Place 2 dijadualkan tayangan pada 13 Mac 2020, sebelum itu tonton dahulu trailernya di sini.