
Ashraf Sinclair, Suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia
Pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia pada hari ini.
Menerusi sumber portal berita Kompas.com, kematian mengejut pelakon berasal dari Malaysia yang berusia 40 tahun itu disebabkan serangan jantung, perkara itu disahkan pengurus BCL.
repost dari Managernya Ashraf Sinclair.
RIP Ashraf Sinclair pic.twitter.com/umRYT9C1vj— IG @deSatyaWijaya92 (@desat__________) February 18, 2020
Berita kematian Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.
Ashraf mula mencipta nama menerusi filem Gol & Gincu (2005) dan berhijrah ke Indonesia setelah berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Trending now



