Ulasan Filem Happy Old Year 4

Ulasan Filem: Happy Old Year

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah ditayangkan bermula 13 Februari lalu, filem Thailand, Happy Old Year akan membawa anda keluar daripada dimensi filem romantik biasa. Baca ulasan filem: Happy Old Year daripada kami.

Dibarisi pelakon hebat seperti Chutimon Chuengcharoensukying (Bad Genius) dan Sunny Suwanmethanont (I’m Fine Thank You Love You, Brother Of The Year), filem ini secara amnya mengisahkan mengenai Jean yang mahu menukarkan rumahnya kepada ruang pejabat.

Ulasan Filem Happy Old Year

Antara cabaran terbesarnya ialah meyakinkan ibunya untuk melepaskan segala barangan yang ada tersimpan di sana. Dalam proses mengemas semula (membuang), Jean terjumpa kembali kamera bekas teman lelakinya, Aim.

Ulasan Filem Happy Old Year 2

Walaupun pada hakikatnya, Jean boleh sahaja membuang tanpa berfikir panjang mengenai memori di sebalik setiap barangan yang ada, beliau memilih untuk berdepan dan memulangkannya kembali kepada tuan-tuan empunya barang.

Jika anda mengharapkan pengakhiran filem ini seperti filem-filem romantik yang lain, anda mungkin akan kecewa di akhirnya.

Ulasan Filem Happy Old Year 3

Sekiranya anda sudah biasa melihat filem hasil arahan dan tulisan Nawapol Thamrongrattanarit yang juga pengarah filem Heart Attack, pasti anda dapat teka plotnya bagaimana.

Ulasan filem: Happy Old Year

Walaupun tempo jalan cerita sedikit perlahan, melalui filem ini anda akan belajar banyak perkara antaranya cara membuang ‘manusia’ dengan betul, membuang memori dan membuang barangan tidak perlu di rumah anda.

Ulasan Filem Happy Old Year 1

Antara dialog yang paling memberi kesan dalam filem ini adalah berkaitan dengan kemaafan, iaitu perkataan maaf yang kita ucapkan selama ini sebenarnya merupakan salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada perasaan bersalah, dan dalam kebanyakan perkara itulah yang berlaku.

Maaf hanya sekadar maaf.

BACA: Ulasan Filem: Friendzone

Penuh dengan nilai kekeluargaan dan persahabatan, Nawapol tetap tidak pernah terlupa untuk menyelitkan elemen humor dalam setiap filemnya.

Sebelum tonton filem ini di pawagam, apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah:

Rating: 8.5/10