Remaja Autistik Replika Kapal Titanic Terbesar Dunia 1

Remaja Autistik Cipta Rekod Bina Replika LEGO Kapal Titanic Terbesar Di Dunia

Menyukai permainan Lego sejak berusia lima tahun, seorang remaja autistik Brynjar Karl Bigisson, 15 tahun mengejutkan dunia dengan bakatnya yang luar biasa.

Meskipun bergelar remaja autistik, Karl telah membina kerjaya daripada hobi membina replika kapal Titanic daripada kepingan Lego telah mengembara di beberapa buah negara Eropah bagi mempamerkan hasil binaannya kepada umum.

BACA: Bergelar ‘Drifter’, Mekanik OKU Ini Miliki Bakat Luar Biasa Hebat

Melalui proses yang rumit, model yang berkepanjangan 6.5 meter itu dihasilkan daripada lebih 50,000 kepingan Lego pernah rosak sebelum tiba di lokasi pameran menyebabkan Karl terpaksa menyusun semula model berkenaan sebelum dipamerkan.

Remaja Autistik Replika Kapal Titanic Terbesar Dunia

Mula membina replika menerusi outline yang dibina bersama datuknya, Karl yang turut dikenali sebagai ‘budak Lego’ sudah mula menghasilkan replika kapal sejak dari usia 10 tahun lagi.

Mengambil masa selama 11 bulan atau pun 700 jam, kebanyakan daripada masa selepas waktu persekolahannya untuk menyiapkan replika yang kini diletakkan di ruang pameran Titanic Museum.

Tonton video proses penghasilan replika di bawah:

https://www.facebook.com/theLEGOtitanicbuilder/videos/1200150803440062/

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria.

Sumber: Postlajme, Wikipedia