
Selain ‘Parasite’, Ini 5 Filem Terbaik Arahan Bong Joon Ho Harus Tonton
Filem karya pengarah terkenal Korea Selatan, Bong Joon Ho, Parasite telah diumumkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Oscars ke-92 yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini.
Kejayaan Parasite menerima anugerah berprestij ini membuktikan filem bukan Hollywood mampu bersaing dan turut menjadi perhatian peminat filem dunia. Pada hari itu, Bong Joon Ho yang turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik yang menjadi perhatian dunia untuk mengetahui filem-filem lain arahan beliau.
Jika anda sudah menonton filem Parasite, ini beberapa filem yang turut memberi impak yang sama kepada penonton.
1. Mother (2009)
Mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang ingin membersihkan kembali nama anaknya dan membuktikannya tidak bersalah atas tuduhan membunuh yang menyebabkan anaknya menjadi tidak siuman.
2. Snowpiercer (2013)
Filem ini dibintangi oleh Chris Evans dan Song Kang Ho. Snowpiercer berkisarkan tentang suatu zaman yang mana masa depan telah hancur dengan perubahan iklim dengan mengalami kesejukan melampau sepanjang masa. Tiada yang berjaya hidup di luar kecuali jika berada di dalam tren yang sentiasa bergerak mengelilingi dunia.
Selain berusaha untuk terus hidup, mereka juga mempunyai konflik antara manusia golongan atasan yang tinggal dalam tren kelas atas dan manusia golongan bawahan, yang tinggal dalam tren kelas bawah.
3. Okja (2017)
Okja sebuah filem bergenre sains fiksyen yang turut pecah panggung di Korea Selatan. Mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Mija yang berusaha melindungi sahabat baiknya, yang merupakan haiwan mutasi gergasi bernama Okja dari tangan jahat seorang CEO syarikat multinational.
Mija perlu mengharungi cabaran yang sukar untuk menyelamatkan sahabat baiknya dari tangan kapitalis yang tamak.
4. Memories of Murder (2003)
Merupakan filem pertama pengarah Bong memasuki dunia perfileman di Korea Selatan. Berdasarkan kisah benar, ia mengisahkan tentang dua orang polis luar bandar dan seorang detektif dari bandar bersama-sama menyiasat kes pembunuhan dan r0gol bersiri. Kisah yang penuh dengan suspen dan tragik dalam usaha mencari dalang dalam kes itu.
5. The Host (2006)
Mengisahkan tentang seorang gadis yang di tangkap makhluk gergasi yang tiba-tiba muncul dari dalam sungai Han dan ahli keluarganya berusaha mengesan makhluk tersebut dan berharap dapat membawa anak mereka pulang dengan selamat.
Filem ini merupakan kritikan terhadap politik Amerika yang menyerang negara lain tanpa memberi perhatian kepada penduduk tempatan dan birokrasi yang tidak mencukupi membuatkan keadaan lebih teruk.
Trending now



