Nasi Lemak Nasi Kandar Emas Di Ireland 2020

Bukan Nasi Lemak Bunga Telang Sahaja, Nasi Kandar Kari Kambing Turut Cipta Nama Di Ireland

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sajian istimewa negara ini terbukti bukan sahaja menjadi makanan ruji bagi kita, malah turut memikat hati mereka di luar sana apabila Pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dirangkul cef yang mewakili Malaysia.

Sebelum ini, Siti Safura Mohd Tawil telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya merangkul pingat emas menerusi sajiannya, Nasi Lemak Bunga Telang bagi kategori kelas masakan Asia-India.

Sebenarnya, ada seorang lagi yang kita patut diraikan, Cef Zainal Abidin Abdullah yang turut memenangi pingat emas pada pertandingan yang sama menerusi hidangan nasi kandar.

Nasi Lemak Nasi Kandar Emas Di Ireland 2020
Sumber: FB

Perkara itu telah dikongsi menerusi status Facebook isterinya, Zafirah Zain yang kini tular di media sosial.

https://www.facebook.com/zafirah.zain.1/posts/10222174127642257

Memetik sumber Mstar, kedua-duanya diumum memenangi pingat emas namun, Siti Safura mendapat kutipan mata lebih sedikit berbanding Zainal. Justeru, Safura mendapat pingat dan trofi manakala Zainal menerima pingat dan sijil.

“Bagaimanapun, bunga telang yang digunakan Siti Safura dalam hidangan nasi lemaknya membolehkan dia mendapat markah tambahan,” kata sumber.

Nasi Lemak Nasi Kandar Emas Di Ireland 2020

Dalam pertandingan itu, pemenang bagi pingat perak dan gangsa masing-masing juga dimenangi oleh rakyat Malaysia.

Ini membuktikan, makanan di Malaysia ternyata sedap dan turut popular dalam kalangan pelancong seluruh dunia.