Parasite Rangkul Empat Anugerah Oscar

Lakar Sejarah, ‘Parasite’ Rangkul Empat Pencalonan Di Anugerah Oscars Ke-92

Buat para penggemar filem, pastinya ternanti-nanti pengumuman bagi kategori Filem Terbaik di Oscars yang bakal berlangsung pada hari ini di Dolby Theatre, California.

Parasite sekali lagi melakar sejarah apabila merangkul anugerah bagi kategori Filem Terbaik, menjadikan ia filem pertama bahasa asing yang berjaya mencatat rekod dalam anugerah berprestij ini.

Parasite berjaya mengalahkan filem-filem besar yang lain termasuk 1917, Ford vs Ferrari, The Irishman, Jojo Rabbit, Joker, Little Women, Marriage Story dan Once Upon a Time in Hollywood.

Dalam enam pencalonan Oscars yang dipertandingkan, Parasite telah menggondol tiga lagi anugerah iaitu kategori Pengarah Terbaik, Filem Terbaik Bahasa Asing dan Lakon Layar Terbaik.

Kemenangan ini sekali gus membuatkan Parasite menjadi filem berbahasa asing pertama yang mendapat penghargaan dalam kategori tersebut. Parasite sehingga kini telah pun mengumpul lebih 150 anugerah termasuk di Baftas yang berlangsung di United Kingdom.

Parasite Rangkul Empat Anugerah Oscar

Sementara itu, ini senarai kategori yang dipertandingkan dalam anugerah Oscars ke-92:

Pelakon terbaik wanita:
Renée Zellweger (Judy)

Pelakon terbaik lelaki:
Joaquin Phoenix (Joker)

Muzik (Original score):
Joker

Visual effects:
1917

Sinematografi terbaik:
1917

Filem animasi terbaik:
Toy story 4

Tahniah kepada pemenang! Kami pernah memuat naik artikel tentang filem Parasite, boleh ke pautan di bawah untuk membaca ulasan kami.

BACA: Filem Parasite Karya ‘Plot Twist’ Teragung Bong Joon-Ho Selepas 10 Tahun Menyepi