Pelawak Terkenal Abam Bocey Meninggal 1

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Awal pagi ini, netizen dikejutkan dengan berita salah seorang pelawak terkenal daripada anggota kumpulan Bocey iaitu Abam telah meninggal dunia.

BACA: Ashraf Sinclair, Suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia

Berita berkenaan yang dilaporkan oleh media Gempak sejam yang lalu dimaklumkan oleh adik kepada Abam, Ali setelah dihubungi oleh isteri Abam, Nor Hidayah.

Berita ini turut disokong dengan hantaran video oleh dua orang anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey di laman Instagram masing-masing.

https://www.instagram.com/p/B8Xh_ykjcwo/

https://www.instagram.com/p/B8XiLVjAkZV/

Menurut Nor Hidayah, sejak dua hari lalu, Abam mengadu sakit kepala dan demam namun apabila diajak ke hospital, arwah menolak.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia.”

Pelawak Terkenal Abam Bocey Meninggal

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun meninggalkan Nor Hidayah yang dikahwini pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lima bulan.

Abam merupakan salah seorang daripada pelawak terkenal yang disenangi dalam industri komedi.

18 Februari, pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Ashraf mula mencipta nama menerusi filem Gol & Gincu (2005) dan berhijrah ke Indonesia setelah berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Sumber: Astro Gempak