
Tonton Aksi Gru Semasa Kecil Dalam Trailer ‘Minions: The Rise Of Gru’
Filem mengisahkan penolong berwarna kuning berbentuk pil, minions turut tidak terkecuali mempunyai beberapa siri seperti filem-filem besar yang lain.
Minions: The Rise Of Gru merupakan sebuah filem sekuel Minions (2015) dan prekuel kepada tiga siri Despicable Me yang mana pada kali ini mengisahkan tentang permulaan Gru ingin menjadi villain.
Gru ketika berusia 12 tahun menghadiri uji bakat menjadi penjahat namun dipersendakan oleh juri super villain. Semasa uji bakat, Gru telah mencuri sesuatu yang berharga dari juri-juri tersebut dan bermulalah aksi kejar mengejar dengan kerjasama para minion yang menjadi pengikut Gru.
Tidak sabar melihat telatah para minion dan tuannya? Tonton trailer Minions: The Rise Of Gru di sini sebelum ditayangkan di pawagam pada 11 Jun 2020.
Trending now



