Fast & Furious 10 Dua Bahagian

Vin Diesel Beri Hint ‘Fast And Furious 10’ Mungkin Mempunyai Dua Bahagian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belum lagi ditayangkan filem kesembilan dari siri Fast & Furious, bintang utama francais ini iaitu Vin Diesel telah memberi ‘petunjuk’ bahawa siri akhir mereka mungkin mempunyai dua bahagian.

Memetik portal Complex, pengarah Fast & Furious 9, Justin Lin sudah pun memulakan projek untuk filem terakhir siri ini yang mana tayangannya dijadualkan pada April 2021. Diesel berkata ia mempunyai kisah yang begitu panjang memungkinkan akan dibahagikan kepada dua bahagian.

“…And for the fans, should Fast 10 parts one and two be the conclusion, it would be nice for this world to continue for generations to come.”

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi tentang perkara itu. Ini bukanlah kali pertama sebuah studio membahagikan filem terakhir kepada dua, contohnya dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows dan The Hunger Games: Mockingjay.

Fast & Furious 10 Dua Bahagian

Filem francais Fast & Furious seterusnya bakal berada di pawagam pada 21 Mei ini yang memberi kejutan besar dengan penampilan John Cena dan watak Han.

Sumber: Complex