Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh 2

Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh Lebih Besar Daripada Saiz Kepala Dan Mukanya

Sebut sahaja Sultan Muhammad Al-Fateh, pasti yang boleh dikaitkan dengan nama itu ialah Kota Constantinople. Terbayang juga saiz serban yang lebih besar daripada saiz kepalanya. Baca lanjut untuk ketahui ini sebab mengapa serban baginda sultan lebih besar.

Merupakan pemerintah Empayar Uthmaniyyah (1444-1446, 1451-1481), baginda berjaya menakluk Kota Constantinople semasa berusia 21 yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

BACA: Ini Sebab Kenapa Jokowi Pindahkan Ibu Negara Indonesia Ke Pulau Kalimantan

Sultan Muhammad Al-Fateh digelar sebagai sebaik-baik raja juga dikenali dengan sifat  pimpinannya yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam perang di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh

Menerusi gambar-gambar beliau, pernah tidak timbul persoalan mengapa serban di kepada Baginda Sultan Al-Fateh ini lebih besar daripada saiz kepala dan mukanya?

Sebenarnya, tahukah anda gulungan kain yang anda sangka serban itu sebenarnya merupakan kain kafan baginda.

Menurut perkongsian daripada seorang lelaki, Aznil Zulkiflitour guide yang membawa beliau ke Turki mengesahkan perkara tersebut. Baca lanjut untuk ketahui ini sebab mengapa serban baginda lebih besar daripada saiz kepalanya.

Betapa kuatnya ingatan keadaan mati oleh penakluk Kota Constantinople ini. Ternyata beliau in tergolong dalam golongan yang bijak kerana mengingati mati seperti dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya:

“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak?

Rasulullah SAW
bersabda, “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.

(Riwayat Ibnu Majah).

Kita bagaimana?

Sumber: Aznil Zulkifli, Wikipedia