China Tubuh Kilang Hasilkan Topeng Muka Dalam Masa Seminggu 1

Selepas Hospital, China Kini Tubuhkan Kilang Topeng Muka Hanya Dalam Masa Seminggu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Paris yang dikenali sebagai kota cinta bukanlah satu tempat yang selamat dan seindah yang dikatakan. Disebabkan selalu dibanjiri dengan kedatangan pelancong, ada sebilangan rakyat Paris berani mengambil kesempatan ‘menyamun’ pelancong yang datang ke sana.

Seorang personal shopper barangan berjenama, Syahilla Aziz di laman Facebooknya menceritakan bagaimana dia dan keluarganya hampir menjadi mangsa penyeluk saku semasa bercuti di Paris.

Dengan pengalaman lebih 10 kali bercuti di Paris, Syahilla dan keluarga sentiasa alert dan boleh mengenal pasti sekiranya mereka menjadi target penyeluk saku di sana. Walaupun begitu, ini tidak bermakna mereka terlepas daripada menjadi mangsa.

Penyeluk Saku Paris

“Salah satu taktik mereka juga ialah meminta anda mengisi borang. Kalau nasib tak baik, lepas isi borang kena bayar. Sambil-sambil itu, tangan mereka berjalan juga.”

Ramai yang menganggap penyeluk saku ini dilakukan oleh orang berkulit gelap. Tetapi hakikatnya, kebanyakan mereka ini terdiri daripada kumpulan golongan remaja berkulit putih dan berjantina perempuan.

Penyeluk Saku Paris

Sepatutnya mereka menaiki teksi untuk pulang, tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, Syahilla mengambil langkah menaiki metro atau tren. Disebabkan memegang paper bag jenama LV, mereka semua menjadi ‘perhatian’ penyeluk saku.

Penyeluk Saku Paris

Jangan naik tren yang padat dengan penumpang kerana ianya akan memudahkan mereka melakukan kerja!

Penyeluk Saku Paris

Penyeluk Saku Paris

Taktik pertama, mereka langgar anak supaya perhatian mangsa teralih dan lebih mudah melakukan kerja. Tanpa rasa bersalah, mereka menyeluk paper bag di tangan Syahilla. Poket suami Syahilla turut diseluk. Nasib baik telefon sudah diserahkan pada Syahilla.

Rupanya, trench coat yang mereka pakai itu menjadi pelindung tangan melakukan kerja.

Penyeluk Saku Paris

Syahilla turut perasan, walaupun penumpang tren sedar perlakuan penyeluk saku itu rata-rata daripada mereka hanya memandang. Selepas kumpulan penyeluk saku itu keluar daripada tren, barulah penumpang lain bersuara.

Penyeluk Saku Paris

Pesan Syahilla untuk elak jadi mangsa penyeluk saku di Paris:

1. Kenal pasti pemangsa!

2. Kalau travel bersama kawan atau keluarga, pastikan berkerjasama dan saling mengingati.

3. Kalau membeli-belah, lebih baik bawa beg tarik luggage dan masukkan semuanya ke dalam beg tarik untuk lebih selamat.

4. Kalau beli banyak barang berjenama, naik teksi. Sesak pun sesaklah. Daripada menanggung risiko dikejar kumpulan penyeluk saku.

5. Jangan mudah leka. Beg tangan rapatkan di dada. Terutama di kawasan yang ramai orang.

6. Satu lagi kalau orang jatuhkan barang atau langgar, buat tak tahu dan sentiasa berjaga-jaga. Itu merupakan cubaan untuk alihkan perhatian anda.

Sumber: Syahilla Aziz

Lawanya seni pastri dia.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.