Malaysia Negara Paling Gembira Di Dunia 1

Malaysia Jatuh 50 Anak Tangga Dalam Senarai ‘Negara Paling Gembira’ Berbanding Tahun Lalu

Malaysia jatuh 50 anak tangga dalam senarai ‘Negara Paling Gembira’ berbanding tahun lalu. Jadi, anda gembira hari ini?

BACA: Malaysia Terkeluar Dari Senarai 10 Negara Dengan Kadar Kenaikan Gaji Tertinggi Dunia

Berdasarkan laporan World Happiness Report, satu badan penerbitan United Nations Sustainable Development Solutions Network telah menyenaraikan kegembiraan negara yang diambil kira berdasarkan pemarkahan responden tentang kehidupan mereka.

Berdasarkan laporan tersebut, pada tahun 2019 Finland menduduki tempat pertama selama dua kali berturut, diikuti dengan Denmark, Norway, Iceland dan The Belanda.

Malaysia Negara Paling Gembira Di Dunia

Manakala Malaysia pula menduduki tangga ke-80 daripada 156 buah negara yang ada di dunia, 12 anak tangga di atas Indonesia (ke-92). Manakala Singapura dan Thailand pula berada di kedudukan atas Malaysia dengan masing-masing di kedudukan ke-34 dan ke-52.

Senarai kegembiraan nasional adalah berdasarkan kajian Cantril ladder iaitu menggunakan beberapa jenis skala iaitu Skala Kegembiraan Subjektif, Jadual Kesan Negatif dan Positif dan Skala Kepuasan Pada Kehidupan.

Malaysia Negara Paling Gembira Di Dunia 1

Melihatkan kepada kedudukan Malaysia yang berada di tengah-tengah senarai, maka bolehlah disimpulkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi gembira menjalani kehidupan di tanah air tercinta walaupun jatuh lebih 40 anak tangga berbanding tahun lalu (ke-35).

Lihat senarai penuh Negara Paling Gembira DI SINI.

Mungkinkah ini mempunyai kaitan dengan terkeluarnya Malaysia daripada senarai 10 negara dengan kadar kenaikan gaji tertinggi dunia?