Petisyen Desak Singkir Amber Heard Aquaman 2

Hampir 160 Ribu Tandatangan Petisyen Desak Amber Heard Disingkir Dari ‘Aquaman 2’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak tertularnya rakaman audio Amber Heard yang mengaku memukul bekas suaminya, Johnny Depp, peminat sekali lagi mendesak beliau disingkirkan daripada melakonkan watak Mera dalam filem Aquaman 2.

Setakat artikel ini ditulis, hampir 160 ribu tandatangan diturunkan dalam petisyen bertajuk ‘Remove Amber Heard from Aquaman 2’ yang dicipta Jeanne Larson pada tahun lepas. Menurut petisyen tersebut, Amber dikenali dan terbukti melakukan penderaan domestik selain menyebarkan berita palsu bahawa dialah mangsa penderaan.

Lantaran itu, pihak Warner Brothers dan DC Entertainment wajar menggugurkan pelakon itu daripada projek Aquaman 2.

Petisyen Desak Singkir Amber Heard Aquaman 2

Menerusi rakaman audio itu, Heard juga memberi amaran kepada Depp bahawa dia tidak berjanji tidak akan menyerang secara fizikal lagi.

Petisyen Desak Singkir Amber Heard Aquaman 2

BACA: Peminat Tuntut Keadilan Selepas Rakaman Audio Amber Heard Akui Pukul Johnny Depp Tular

Walaupun boleh dikatakan Amber Heard berjaya membawa watak Mera dalam Aquaman 2, namun disebabkan hal sebegini lebih baiklah beliau mengundur diri.