Kumpulan Hak Asasi Transgender

Kumpulan Hak Asasi Transgender Selar Tindakan Mujahid Siasat Sajat, Isu Telekung Tak Penting

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terbaharu, sebuah kumpulan hak asasi transgender menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa untuk menyiasat Sajjad dengan mendakwa ianya hanya akan membawa risiko buruk kepada Sajjad di Arab Saudi.

Isu usahawan kosmetik menunaikan umrah dengan ‘mengenakan telekung’ masih menjadi perbualan hangat sehingga ke hari ini.

BACA: Berita Sajat Ditahan Pihak Berkuasa Arab Saudi Tidak Benar

Sajat Tidak Ditahan Arab Saudi

Kumpulan Justice for Sisters memberitahu golongan transgender berdepan dengan cabaran ketika berada di Arab Saudi disebabkan undang-undang tegas yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi kepada golongan berkenaan.

BACA: Isu Transgender Tunai Umrah, Ini Hukum Yang Wajib Mereka Patuhi

Malah kumpulan hak asasi berkenaan turut menggesa kerajaan Malaysia supaya memastikan keselamatan usahawan tersebut dijamin kerana menurut mereka isu kebimbangan sebenar bukan pada telekung tetapi pada pelanggaran privasi serta kekurangan hak dan respon berdasarkan bukti kerajaan.

Menurut Mujahid, tiada dokumen daripada pihak ketiga yang membuktikan bahawa usahawan kosmetik berkenaan adalah seorang khunsa (memiliki dua jantina).

Memberikan respon kepada isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Albakri menjelaskan hasil pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, jantina Sajjad masih lagi lelaki dan meminta beliau untuk menjadikan umrah kali ini sebagai titik perubahan dalam kehidupannya.

Baca nasihat penuh Dr. Zulkifli di pautan bawah:

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033/1686464514826854/?type=3&theater

Sumber: Justice For Sisters, FMT, Berita Harian