Mayat Mangsa Koronavirus Dibakar

Elak Penularan, China Arahkan Mayat Mangsa Koronavirus Dibakar Tanpa Upacara Pengebumian

Dalam usaha elak penularan wabak koronavirus yang melanda, kerajaan China secara rasmi telah mengumumkan pengharaman acara pengebumian untuk mangsa yang maut akibat daripada wabak tersebut.

BACA: Najis Lembu Penawar Wabak Koronavirus – Presiden Parti Politik India

Arahan yang dikeluarkan Sabtu lalu melalui Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (UHC) memberitahu mayat-mayat mangsa akan dibakar dengan menggunakan kemudahan yang terdekat.

Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan Tak Tangani Koronavirus 2

Ahli keluarga serta kenalan mangsa yang maut juga dihalang daripada melawat mayat dan menghadiri upacara berkenaan namun dibenarkan untuk mengambil abu selepas upacara pembakaran mayat selesai dan didokumenkan.

BACA: China Siap Bina Hospital Koronavirus Kedua Dalam Tempoh 8 Hari

Setakat kemas kini pagi ini, seramai 362 orang telah disahkan maut dan kes yang disahkan dijangkiti sudah mencecah 17,000.

Sudah diiktiraf sebagai darurat kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang hujung minggu lalu mengumumkan kesediaannya untuk meletakkan jawatannya sekarang.selepas wabak berkenaan sudah merebak ke banyak negara.

Mengakui bahawa pihak berkuasa di bandar Wuhan gagal dan ‘lemah’ untuk mendedahkan maklumat mengenai wabak ini pada waktu yang tepat bagi menanganinya dan elak penularan dengan lebih awal, Xianwang turut mengaku bersalah kerana merahsiakan wabak berkenaan selepas mengesannya sebelum menularnya ke serata dunia.

BACA: Akui Rahsiakan Tentang Koronavirus Sebelum Menular, Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan

Menurut Xianwang, mengikut peraturan yang ditetapkan beliau tidak boleh melakukan apa-apa selagi tidak mendapat kebenaran daripada pentadbiran Beijing kerana Beijing turut memerlukan kelulusan daripada kerajaan pusat sebelum maklumat mengenai wabak berkenaan dimaklumkan kepada umum.

Sumber: NZ Herald