Koronavirus boleh merebak sistem pencernaan

Pakar Dakwa Jangkitan Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Melalui Sistem Pencernaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pakar sebelum ini mendakwa jangkitan koronavirus mungkin boleh merebak melalui mata selain titisan bersin dan batuk seseorang. Perpindahan virus ke mata terjadi melalui sentuhan, jadi sekiranya menyentuh pesakit koronavirus perlu elakkan diri memegang mata.

Bagaimanapun, penyelidikan terkini mendapati jangkitan 2019-nCoV ini mungkin boleh merebak dari manusia ke manusia melalui sistem pencernaan. Pakar dari Hospital Renminbi Universiti Wuhan dan Institut Virologi Akademi Sains China Wuhan melaporkan penemuan mereka selepas mengkaji sampel najis pesakit dan swab rektum.

Portal China melaporkan bahawa ramai pesakit koronavirus hanya mengalami cirit-birit berbanding dari gejala klasik seperti demam. Ini bermakna patogen mungkin disebarkan sepanjang laluan fecal-oral dan bukan hanya dari hubungan titisan virus yang disebarkan dari batuk pesakit.

Koronavirus boleh merebak sistem pencernaan
Sumber: FMT

Turut terbukti apabila kes pertama di Amerika Syarikat, pesakit mengalami cirit-birit sebelum disahkan positif wabak berkenaan di Pusat Perubatan Providence Regional Everett.

Setakat pagi ini, jumlah korban akibat jangkitan wabak koronavirus meningkat kepada 362 orang, manakala sebanyak 17,205 kes jangkitan dilaporkan.

Sumber: The Star