Pelaksanaan PPSMI Ditentang Jejas Prestasi Pelajar

PPSMI Dikembalikan: Dunia Pendidikan Bakal Berdepan Episod ‘Kegagalan’ Kedua

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam, Perdana Menteri yang juga pemangku jawatan Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir mengumumkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.

BACA: Subjek Sains, Matematik Kembali Diajar Dalam Bahasa Inggeris – Dr Mahathir

Dasar PPSMI yang diperkenalkan pada 2002 dilaksanakan sepenuhnya pada 2008 kemudiannya dimansuhkan pada 2012 oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun ditentang ramai pihak, Dr. Mahathir merasakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah perlu bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan di masa hadapan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang diguna pakai secara global.

Melayu Dr Mahathir

Sebelum diumumkan akan dikembalikan semalam, perkara ini beberapa kali diutarakan oleh Dr. Mahathir sekitar Julai tahun lalu.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Awang Sariyan menerusi Utusan Online pernah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan yang mahu mengembalikan PPSMI hanyalah mengulangi kesilapan lama.

Ini kerana, PPSMI bukannya program pemulihan atau peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris kerana sudah dibuktikan dalam kajian empiris bahawa penguasaan Bahasa Inggeris tidak meningkat sebaliknya pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik turut merudum.

Bukan sekadar cakap kosong, tetapi kajian akademik telah membuktikannya.

Pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008, seramai 170,000 orang murid dilaporkan gagal dalam kedua-dua subjek berkenaan dan peratusan pelajar yang menceburi bidang sains juga semakin menurun dari tahun ke tahun; 2012 (29.35%), 2013 (28.90%), 2014 (28.69%), 2016 (23.15%) dan 2017 (23.19%).

Pelaksanaan PPSMI Ditentang Jejas Prestasi Pelajar 1

Menurut kajian yang dijalankan oleh salah seorang pelajar Sarjana Universiti Pendidikan Idris (UPSI), M Puspanathan Mayan pada April 2017 yang diajalnkan di lima buah sekolah di Gombak mendapati terdapat 10 faktor yang membawa kepada kegagalan berkenaan, antara yang paling utama ialah pelajar kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, guru kurang menguasai Bahasa Inggeris dan menerima desakan daripada parti politik.

Dalam satu kajian oleh pengkaji daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2010 mendapati minat pelajar Melayu dalam PPSMI hanya mencatatkan peratusan tinggi di sekolah menengah asrama penuh (40% – 9%) dan sekolah menengah agama (34.4% – 17%) berbanding dengan sekolah menengah harian bandar (17.6% – 28.0%) dan sekolah menegah harian luar bandar (0% – 36%).

https://www.facebook.com/wan.ramli.56/posts/10212704976618628

Pelaksanaan ini bukan sahaja mendapat tentangan daripada tenaga pengajar tetapi juga beberap pihak luar berkenaan termasuklah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) yang membantah sekeras-kerasnya hasrat Dr. Mahathir kerana sangat bertentangan dengan aspirasi pendidikan nasional dan akan merosakkan tahap pendidikan anak bangsa terutamanya kepada pelajar luar bandar.

Sumber: UKM, M Puspanathan Mayan, ABIM, Berita Harian