
1 Bilion Haiwan Dijangka Terkorban Dalam Kebakaran Hutan Australia
Kebakaran hutan yang bermula akhir Julai lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya seramai 24 orang, manakala enam pula dikhuatiri hilang.
BACA: Kebakaran Makin Teruk, Langit Australia Bertukar Kepada Warna Merah Darah
Sehingga kini New South Wales mencatatkan kemusnahan kawasan yang paling luas iaitu seluas lima juta hektar dengan 146 titik panas.
Pada awalnya, jumlah anggaran haiwan yang terkorban adalah sebanyak 480 juta sahaja, namun angka ini semakin meningkat sehingga membawa kepada kiraan satu bilion haiwan daripada pelbagai spesis.
BACA: Koala Mangsa Kebakaran Hutan Di Australia Mati Selepas Seminggu Diselamatkan
Antara yang terkesan teruk adalah Pulau Kangaroo yang menjadi lokasi tumpuan pelancongan pelancong serata dunia.
Just been to Hanson Bay which is obliterated from the #KangarooIslandFires, with virtually no structures left intact. Worst hit area by far. Damage is incomprehensible. pic.twitter.com/8UTyEZFHww
— Col James (@ColinJamesTiser) January 7, 2020
Menjadi kunci industri pelancongan di Australia, kerajaan Australia bimbang dengan kebakaran yang berlaku sekarang, pelancong akan membatalkan percutian ke sana dan menjejaskan pendapatan pemain industri tempatan.
Disebabkan siri insiden kebakaran yang melanda hutan Australia, banyak haiwan yang tidak sempat menyelamatkan diri menjadi korban.
Manakala yang terselamat pula, hampir separuh daripadanya mengalami luka akibat melecur dan luka-luka.
Menurut Dr Gabriel Crowley dari Pusat Biodiversiti dan Pemuliharaan University of Queenland, kejadian ini agak malang kerana berlaku ketika spesis koala terancam (pupus) sedang dalam proses pembiakkan.
Full media release with @terrimbutler here: pic.twitter.com/akOckKYKJc
— Anthony Albanese (@AlboMP) January 8, 2020
Untuk pengetahuan anda, pada 2007, Pulau Kangaroo pernah terbakar akibat daripada dipanah petir yang membawa kepada kemusnahan 42,000 ekar tanah selepas berlangsung selama lapan hari.
Sumber: VOX, ABC, The Guardian
Trending now



