
Sony Kongsikan Logo PlayStation 5, Bakal Dijual Disember 2020
Sony akhirnya bakal melancarkan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung 2020 selepas desas-desus pelancarannya pada tahun lalu.
PS5 hadir dengan pelbagai fungsi dan perubahan baharu yang dijanjikan untuk konsol permainan kali ini seperti alat kawalan Dualshock kepada teknologi haptic.
Pada majlis pelancaran mereka baru-baru ini, sedikit kecewa apabila logo rekaan terbaru PS5 sama sahaja dengan logo PS4 sebelum ini. Sehinggakan ada yang sudah troll mengenai rekaan logo tersebut.
Sony's lead graphic designer coming up with the #PS5 logo#SonyCES pic.twitter.com/7xOJXBWHCF
— chris kringle (@bagel_chris) January 7, 2020
Berbalik kepada PS5, antara pembaharuan yang bakal hadir pada PS5 merangkumi sistem suara 3D, hardware ray tracing, adaptive triggers, ultra HD blu-ray dan penggunaan SSD menjadikan ia lebih pantas berbanding PS4.
Maklumat lain tentang PS5 masih lagi belum dikongsikan secara rasmi oleh Sony. Bagaimanapun, Sony mengesahkan pelancaran dijangka pada musim cuti tahun ini.
Sumber: Complex