Tonton Trailer The New Mutants

Tonton Trailer Rasmi ‘The New Mutants’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah beberapa tahun merencanakan filem bergenre misteri dan seram, ‘The New Mutants’ akhirnya bakal ditayangkan pada tahun ini.

Fox dengan kerjasama Marvel Entertainment membawakan filem spin-off X-Men, sebuah filem yang diadaptasi dari komik Marvel The New Mutants. Filem ini mengisahkan sekumpulan remaja mutan yang baru belajar memahami dan menggunakan kuasa mereka ingin mencari jalan keluar daripada sebuah hospital rahsia – tempat yang mana mereka dijadikan bahan uji kaji psikatrik Dr. Cecilia Reyes.

Tonton Trailer The New Mutants
Sumber: Joblo

The New Mutants diarahkan Josh Boone manakala para pelakonnya ialah Anya Taylor-Joy sebagai Magik, Maisie Williams sebagai Wolfsbane, Henry Zaga sebagai Sunspot, Charlie Heaton sebagai Cannonball dan Blu Hunt sebagai Mirage.

The New Mutants diklasifikasikan sebagai PG-13 dan dijadualkan tayangan pada April 2020. Tonton dahulu trailernya di sini: