Menu Ketum Celup Tepung

Raih Pendapatan Berganda, Pengusaha Haram Perkenal Menu Ketum Celup Tepung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja mengenai ketum, umum sedia maklum tentang tumbuhan ini.

Walaupun dikatakan berupaya menambah tenaga, mengawal gula dalam darah, merawat ketagihan dadah dan mengembalikan kesegaran, jika diambil secara berlebihan ketum boleh menyebabkan banyak kesan sampingan negatif, antaranya insomnia, anoreksia, sembelit dan sebagainya.

BACA: Taraf Ekonomi Penduduk Lebih Stabil Dengan Tanaman Ketum – MP Padang Besar

Disebabkan itu juglah ketum mula diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 selepas kajian mendapati ianya mempu menyebabkan ketagihan.

Menu Ketum Celup Tepung 3

Namun pada Mac 2019, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly memberitahu ketum tidak akan dimasukkan ke dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana pihak mereka sedang dalam proses meminda Akta Racun 1952 bagi mengawal penanaman, pemilikan serta pengedaran ketum.

Oktober lalu, beliau memberitahu sekiranya pindaan Akta Racun 1952 sudah dalam proses akhir dan sekiranya Parlimen bersetuju penanaman ketum akan menjadi satu kesalahan bagi mengawal ianya disalah guna kepada kegiatan komersial.

Beberapa tahun ini, snek ketum celup tepung semakin popular selepas diperkenalkan oleh para pengusaha ketum haram yang berhasrat memperkenalkan variasi pada tumbuhan ini selain daripada hanya boleh diminum.

Menu Ketum Celup Tepung 1

Bagi meraih keuntugan berganda, snek ini dihasilkan sama seperti snek celup tepung lain dengan menggunakan kaedah sama seperti menghasilkan resipi bayam celup tepung.

Perkara ini dikesan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah menerusi tinjauan di Pulau Pinang menimbulkan kerisauan ianya akan merebak ke negeri Kedah yag terkenal sebagai negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di Malaysia.

Menu Ketum Celup Tepung 2

Setakat laporan 2016, didapati terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah 40 di Padang Terap, 17 di Kubang Pasu, 13 di Kota Setar dan Pokok Sena, 10 di Baling dan satu di Sik.

Jika dahulu kesalahan penyalahgunaan ketum diletakkan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda.

Disebabkan itulah pengusaha ketum menggunakan taktik petik sendiri kerana dengan cara ini mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya diserbu pihak penguasa tempatan sebaliknya hanya kepada pemetik ketum.

Sumber: Penang Kini, MalaysiaKini, Myhealth