
Kebakaran Makin Teruk, Langit Australia Bertukar Kepada Warna Merah Darah
Australia kini berdepan dengan ancaman kebakaran paling buruk dalam sejarah yang pernah berlaku dalam berpuluh-puluh tahun sejarah negara tersebut.
Kebakaran yang sudah bermula akhir Julai lalu telah mengorbankan lebih 23 orang di seluruh negara dan 1,500 buah rumah.
Perubahan iklim menjadikan kebakaran ini menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan langit di Mallacoota bertukar kepada warna darah.
Keadaan ini menyebabkan lebih 4,000 penduduk dipindahkan oleh pasukan tentera namun dikhuatiri masih terdapat beberapa penduduk yang terperangkap di sana.
BACA: Hujan Turun Di Jambi, Penduduk Bersyukur Tiada Lagi Fenomena Langit Merah
Disebabkan keadaan asap yang tebal, mereka terpaksa dipindahkan dengan menggunakan kawasan perairan.
Sehingga kini enam buah negeri terjejas namun yang paling teruk adalah di New South Wales (146 titik panas) dengan kemusnahan kawasan adalah seluas 5 juta hektar.
Kebakaran ini juga menyebabkan beberapa bandar raya besar Australia terjejas termasuklah Melbourne dan Sydney sehingga menyebabkan kemusnahan teruk pada hutan belukar dan taman negara dan mengorban sekitar 480 juta haiwan pelbagai spesis.
BACA: Koala Mangsa Kebakaran Hutan Di Australia Mati Selepas Seminggu Diselamatkan
Menurut Menteri Alam Sekitar Persekutuan, hampir sepertiga koala di New South Wales terbnuh dan sepertiga habibat ini musnah termasuklah spesis-spesis yang diancam kepupusan.
Australia sentiasa dilanda kebakaran dan setakat ini angka korban terbesar adalah ketika kebakaran Black Saturday pada 2009 yang mengorbankan 173 orang di Victoria sehingga dinamakan yang paling dasyat dalam sejarah.
Australia sedang berhadapan dengan salah satu kemarau yang paling teruk dalam beberapa dekad ini yang mana musim bunga lalu menjadi musim paling kering dalam sejarah.
Malah Biro Meteorologi juga seakan sudah kehabisan warna untuk menandakan kawasan yang paling tinggi habanya di sana.
Menerusi laman Twitter, beberapa perkongsian memberitahu hujan sudah mula membasahi bumi Australia dan berita tersebut disambut gembira oleh rakyat sana.
Hermoso Dios eres increíble❤️❤️❤️
LLUEVE EN AUSTRALIA EN LA parte afectada por los incendios. pic.twitter.com/dJB5NSoOee— kevin valdiviezo (@adrianpippen13) January 4, 2020
Australia telah menerima pelbagai bantuan darip beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat dan kini Malaysia memberitahu sedia membantu Australia menangani kebakaran.
Sumber: Daily Mail, Astro Awani, Illuminasi
Trending now



