
Beli Banglo Penuh Sampah Dengan Harga RM5, Lihat Transformasi Yang Dilakukan Oleh Pasangan Ini
Pernah terfikir tidak sebuah banglo boleh dijual dengan harga cuma RM5.50?
Seorang lelaki, Alexis Lamoureux dan teman wanitanya, Lotte van Riel berjaya membeli sebuah rumah banglo dengan harga cuma RM5.50.
Beliau yang ketika itu berusia 23 tahun (2014) berjaya membida bangunan berusia 25 tahun itu dengan harga berkenaan kerana ianya dipenuhi dengan sampah, tiada sistem kumbahan dan saliran air serta elektrik.
Menurut Alexis, mereka terpaksa menggali lubang parit untuk pembinaan saluran air dan kumbahan. Banglo yang berbentuk seperti gua ini kemudiannya perlahan-lahan diubah suai sehinggalah kini ianya kelihatan seperti sebuah rumah moden.
Menjadi perhatian kerana keunikan serta dekorasi dalamannya, ramai yang tidak pernah menyangka sejarah banglo tersebut jika melihat keadaannya yang sekarang.
Dengan menyenaraikan bangunan tersebut di Airbnb, Alexis berjaya menjana pendapatan sampingan dengan kadar sewa harga RM449 setelah membina satu ruangan bilik tidur asing daripada dua bilik tidur yang dibina sendiri.
Memang berbaloi sekiranya dapat memiliki rumah dengan harga serendah itu, namun kerja keras bagi mencantikkannya memang wajar dipuji.
Sumber: Vocativ
Trending now



