Suri Rumah Jana Pendapatan Main PUBG

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Cecah 5 Angka Sebulan Melalui PUBG

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Melangkah ke era teknologi serba canggih ini, pelbagai perkara boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Salah satunya melalui permainan video yang sudah terkenal dalam kalangan belia Malaysia, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG).

Sering kita dengar permainan video ini dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa dan pemenangnya akan membawa pulang sejumlah wang yang besar.

Selain itu, alternatif lain untuk menjana pendapatan melalui permainan video ini ialah melalui penstriman secara langsung di laman sosial. Siapa sangka seorang suri rumah juga boleh menjana pendapatan tambahan dari rumah dengan hanya bermain permainan video!

Ini telah dibuktikan oleh Roslinda Embran yang turut dikenali sebagai Miss Rose telah berkecimpung dalam dunia penstriman video dengan pendapatan mencecah sehingga 5 angka.

Beliau mengisi masa lapang dengan bermain penstriman video ini sejak Oktober 2018 selepas dicadang oleh adik iparnya untuk bermain sambil menjana pendapatan di Facebook.

Suri Rumah Jana Pendapatan Main PUBG

Mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami, beliau akan pastikan untuk membahagikan masanya mengendalikan urusan rumah tangga sebelum memulakan aktiviti sampingan bermain PUBG.

Pendapatannya diperoleh melalui penonton yang memberikan ‘bintang’ ketika permainan sedang berlangsung. Purata penstriman video secara langsung selama dua hingga ke tiga jam bagi satu sesi.

Sepanjang pengalaman Roslinda bermain PUBG secara langsung ini, tidak terkecuali dikecam namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berhenti dengan aktiviti yang telah menjadi sebahagian kerjayanya.

Boleh lihat video penuh sesi temu bual oleh Zayan.my bersama Roslinda di bawah.

Jika memanfaatkan sesuatu perkara dengan baik, ia akan mendatangkan hasil begitu juga sebaliknya.

Sumber: Zayan