Belanda lancar Kereta Terbang 2

Belanda Lancar Kereta Terbang Pertama Dunia Dengan Harga Bermula RM2.05 Juta

Diasaskan pada 2001, PAL-V (Pioneer Personal Air Landing Vehicle) merupakan syarikat Belanda yang membangunkan kereta terbang komersial pertama di dunia.

Boleh memuatkan dua penumpang, kereta terbang ini dikatakan mampu terbang di jalan awam menggunakan kombinasi kereta dan autogiro atau pesawat giro.

Belanda lancar Kereta Terbang 3

Dihasilkan menggunakan karbon fiber, titanium dan aluminium dengan kuasa 230hp, kereta terbang seberat 600kg ini sudah dipamerkan pada acara Miami 2020 and Beyond di Miami, Florida pada 3 Disember lalu.

Belanda lancar Kereta Terbang 4

Belanda lancar Kereta Terbang 5

Belanda lancar Kereta Terbang 6

Memerlukan panjang landasan 164 meter untuk berlepas dan 30 meter untuk mendarat, sejak awal dilancarkan kereta PAL-V ini sudah menerima tempahan sebanyak 70 unit dengan harga seunit dianggarkan bermula sekitar RM2.05 juta.

Akan bertukar daripada bentuk kereta kepada pesawat giro dalam 10 minit, kereta ini hanya perlukan lapan saat untuk pecutan 0-96km/j dengan kapasiti tangki minyak 102 liter yang membolehkannya terbang sejauh 399-498km pada ketinggian 3,500 meter.

Kami lakukan sedikit carian di laman web PAL-V dan mendapati hanya dua model yang sesuai untuk diterbangkan di Malaysia, iaitu model Executve Edition (RM3.08 juta) dan Sport Edition (RM2.05 juta).

Belanda lancar Kereta Terbang

Namun sebelum menerbangkannya, pemandu perlu memiliki sijil penerbangan dan kunci pertama pelanggan pertama akan diserahkan sebaik sahaja sijil penuh diterima dalam tahun 2020 ini.

Belanda lancar Kereta Terbang 1

Dikatakan selain Belanda, Jepun, China, Amerika Syarikat, Republik Czech dan Slovakia juga sedang dalam proses membangunkan kereta terbang mereka.

Sumber: Daily Mail, Wikipedia, PAL-V, Pandu Laju