Rakyat Tak Kisah Peralihan Kuasa Kerajaan 1

70% Rakyat Tak Peduli Tentang Peralihan Kuasa Tapi Tumpu Pada Isu Kos Sara Hidup – Kajian

September tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberi jaminan bahawa beliau akan mengundur diri daripada jawatan tersebut sebelum Pilhan Raya Umum ke-1 (PRU15).

Kemudian jawatan Perdana Menteri itu akan diserahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diusulkan dalam mandat plihan raya.

Terkini, beliau mengumumkan penyerahan jawatan itu tidak akan berlaku sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada November 2020 yang akan menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah.

Rakyat Tak Kisah Peralihan Kuasa Kerajaan

Namun dalam satu kajian yang dijalankan oleh Kumpulan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) pada November lepas mendapati sebahagian besar rakyat (70%) tidak peduli mengenai peralihan kuasa dalam kerajaan tekini.

Pengarah Strategi KRA, Amir Fareed Rahim memberitahu keadaan ini berlaku adalah kerana rakyat lebih memberi perhatian kepada isu berkaitan kos sara hidup.

Bagi rakyat, mereka lebih suka melihat isu polisi pentadbiran kerajaan secara keseluruhan dan bukannya siapa berada di atas.

Ini kerana jika isu peralihan kuasa ini didalami secara teliti, ianya mungkin akan membawa kepada perubahan polisi yang lebih memanfaatkan mereka.

Tonton video penuh di pautan bawah:

Sumber: Astro Awani