3 Sampah Malam Tahun Baharu 2020

9 Tan Sampah Malam Tahun Baharu Bukti Rakyat Malaysia Masih Dalam Perangkap Minda Kelas Ketiga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam kemeriahan menyambut tahun baharu 2020, rupanya ramai daripada kita masih lagi tersekat dalam perangkap minda kelas ketiga.

Antara contoh yang paling jelas ialah sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sampah Malam Tahun Baharu 2020

Pada malam sambutan tahun baharu 2020, pekerja Alam Flora berjaya mengumpulkan 9 tan sampah hasil kegembiraan rakyat Malaysia menyambut tahun baharu.

Jumlah itu dikutip di tiga lokasi tumpuan iaitu KLCC (empat tan), Bukit Bintang dan Dataran Merdeka masing-masing dengan jumlah 2.5 tan.

Sampah Malam Tahun Baharu 2020

2 Sampah Malam Tahun Baharu 2020

Seramai 100 orang pekerja dikerah untuk melakukan pembersihan termasuklah pekerja am, pemandu dan penyelia membabitkan 10 unit jentera kompaktor serta jentera pembersihan telah mengambil masa lebih lapan jam untuk diselesaikan.

Rasanya untuk 2020, masing-masing perlu letakkan azam hapuskan tabiat diri yang suka membuang sampah di merata-rata tempat kot.

Sumber: Alam Flora, Harian Metro