
Prihatin Penularan Wabak Koronavirus, Pasar Raya Ini Edar Penutup Muka Secara Percuma
Susulan penularan wabak jangkitan koronavirus yang berasal dari Wuhan yang merebak di beberapa negara, penutup muka dan pencuci tangan (hand sanitiser) kini menjadi aksesori penting kepada negara yang terlibat.
Permintaan tinggi itu menyebabkan premis yang menjual penutup muka di seluruh Malaysia kekurangan stok. Seperti di daerah Tawau, didapati hampir semua jenis penutup muka yang dijual di farmasi telah kehabisan stok.
Melihat perkara ini, langkah berjaga-jaga dan peningkatan tahap kesedaran terhadap wabak koronavirus dalam kalangan penduduk tempatan semakin serius.
Prihatin dengan situasi semasa, sebuah pasar raya di Kota Kinabalu bertindak mengedar penutup muka secara percuma kepada pelanggannya. Menurut ProjekMM, Pengurus besar One Stop Superstore Kelvin Chin berkata, pengagihan dibuat memandangkan wujud masalah kekurangan penutup muka di pasaran sejak kebelakangan ini.

Kata Kelvin Chin, melihat keadaan keperluan sekarang, mereka memilih untuk mengedarkan penutup muka secara percuma dengan stok yang terhad walaupun sebelum ini aksesori itu dijual.
Dianggarkan lebih 30,000 penutup muka diedarkan kepada para pelanggan yang mengunjungi cawangan di 1Borneo, Putatan, Kolombong, Suria, Asia City dan dua cawangan kedai serbaneka 24 jam Orange di IMAGO.
Syabas atas usaha yang dibuat oleh pasar raya berkenaan dan diharapkan pihak lain juga mengambil contoh demi kepentingan bersama.
Sumber: ProjekMM
Trending now



