Bintang dan lagenda bola keranjang Amerika Syarikat (NBA), Kobe Bryant antara yang dilaporkan maut dalam nahas helikopter berhampiran Calabasas, California awal pagi semalam.
Helikopter persendirian yang dinaiki Bryant dilaporkan terbakar dan terhempas telah mengorbankan lapan penumpang lain termasuk anak perempuannya, Gianna Maria Onore, 13 tahun dan jurulatih besbol, John Altobelli.
Laporan awal mendapati helikopter berkenaan terhempas di pergunungan di atas Calabasas dalam keadaan kabus tebal.
#Update Downed aircraft is a helicopter. Flames extinguished. #Malibu deputies at crash site looking for survivors, 4200 blk Las Virgenes Rd #Calabasas #LASD pic.twitter.com/eixLhGhLyE
— LA County Sheriffs (@LASDHQ) January 26, 2020
Menurut laporan media antarabangsa, pihak keselamatan masih tidak memberikan kepastian sama ada nahas berkenaan adalah disebabkan oleh kepadatan penumpang selain daripada keadaan berkabus.
BACA: Malaysia Tuan Rumah E-Sukan Dunia Asia Pasifik Januari Depan
Mula bergelar pemain profesional pada tahun 1996, juara dan bintang NBA lima kali itu telah beraksi bersama Los Angeles Lakers sepanjang kariernya selama 20 tahun dan mengumumkan persaraannya pada April 2016.

Diangkat sebagai pemain NBA paling berharga (MVP) sebanyak empat kali, Bryant pernah merangkul anugerah Oscar untuk filem animasi pendek Dear Basketball pada 2018 dan dua pingat emas olimpik.
Turut menerima ucapan takziah daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle, bintang lagenda ini telah meninggalkan tiga lagi anaknya hasil perkahwinan dengan isterinya, Vanessa.
Kobe was a legend on the court and just getting started in what would have been just as meaningful a second act. To lose Gianna is even more heartbreaking to us as parents. Michelle and I send love and prayers to Vanessa and the entire Bryant family on an unthinkable day.
— Barack Obama (@BarackObama) January 26, 2020
Untuk pengetahuan anda, Bryant mula bermain bola keranjang seawal usia tiga tahun dan Lakers merupakan pasukan kegemarannya sepanjang beliau membesar.
Sumber: LA Times