Rumah Malaysia Tak Mampu Milik

Harga Rumah Malaysia Terlalu Mahal, Sangat Tak Mampu Milik – Piawaian Antarabangsa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah melalui beberapa episod kemalangan udara pada tahun lepas, Boeing menerima banyak kecaman hebat terutamanya pada baru-baru ini apabila pesawat jenama 737 Max telah terhempas sehingga mengorbankan 157 orang.

BACA: Nahas Ethiopian Airlines: 157 Penumpang Tiada Yang Selamat

Episod nahas maut tersebut menyebabkan ramai pelanggan hilang keyakinan untuk terbang dengan menaiki pesawat Max 8 setelah tragedi Lion Air dan Ethopian Airlines kerana terhempas kurang 15 minit dari masa berlepas.

Pengasas bersama Lion Air, Rusdi Kirana telah meluahkan rasa kecewa dengan cara Boeing mengendalikan situasi ini. Menyalahkan juruterbang sebagai punca terjadinya nahas, Lion Air merasakan Boeing cuma menjadikan mereka sebagai ‘tabung’.

Nahas Lion Air
Sumber: Nikkei Asian Review

Lion Air yang pernah mencatat rekod apabila menempah 230 buah pesawat Boeing pada 2012 memberitahu mereka telah membelanjakan lebih USD10 bilion sebagai usaha menjadikan Lion Air syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia.

BACA:Nahas Berdarah Lion Air, Salah Siapa?

Membidas ketidakseimbangan Boeing dalam memberikan respon kepada dua nahas maut pesawat dalam masa terdekat itu, Rusdi merasakan Boeing seperti memandang rendah pada syarikat Lion Air dan hanya menganggap Lion Air sebagai ‘tabung’ mendapatkan keuntungan.

“Boeing memandang rendah pada kami (Lion Air) walaupun hubungan selalu dikendalikan dengan cara yang teratur. Mereka menyalahkan kami (juruterbang dan pengendalian sistem) terlebih dahulu sebelum memohon maaf kemudiannya.”

Walaupun Rusdi pernah mengeluarkan ‘ancaman’ kepada Boeing untuk menarik balik semua pesanan pesawat mereka pada Disember, namun sehingga kini tiada kemas kini daripada mereka.

Nahas Lion Air
Sumber: Kosmo

Boeing juga dijangka akan mengalami kerugian selepas Garuda menarik balik pesanan 50 buah pesawat Boeing 737 Max 8 yang bernilai lebih USD4.9 bilion (RM20 bilion) akibat daripada hilangnya keyakinan daripada pelanggan.

Semalam, American Airlines turut mengumumkan pembatalan 115 penerbangan sehari mulai Mei sehingga 19 Ogos 2018 pada musim panas. Manakala bagi syarikat Southwest Airlines pula, pesawat Boeing 737 Max hanya akan diterbangkan selepas 5 Ogos.

Sumber: Free Malaysia Today

Tak tahu nak menginap dekat mana bila ke Phuket? Jom tengok video di bawah.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.