Hukuman Tak Bawa Dan Tertinggal IC

Tak Bawa IC Boleh Sebabkan Anda Didenda Sehingga RM20,000 Dan Dipenjara 3 Tahun

Tahukah anda, tak bawa IC semasa keluar dari rumah adalah perbuatan yang salah meskipun anda hanya ke kedai yang jaraknya 100 meter dari rumah?

Walaupun anda (sengaja) tertinggal kad pengenalan dan kemudiannya ditahan polis, anda boleh didakwa di bawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN).

BACA: Ahli Perniagaan China Sanggup Bayar RM400,000 Demi Miliki Pasport Dan IC Malaysia

Peraturan 6 telah menetapkan mengenai perkara tanggungjawab penyimpan kad pengenalan yang memperuntukkan bahawa siapa-siapa yang diisukan dengan kad pengenalan perlulah MEMBAWA DAN MENYIMPAN kad pengenalan PADA SETIAP MASA dan bertanggungjawab ke atasnya.

Hukuman Tak Bawa Dan Tertinggal IC 1

Jika anda didapati bersalah, anda boleh didenda di bawah Peraturan 25(n) iaitu kegagalan mematuhi Peraturan 6 yang boleh didenda maksimum RM20,000 atau pun penjara maksimum tiga tahun atau pun keduanya sekali.

Oleh itu, jadilah kita individu berwarganegara yang bijak dan berhemah dengan sentiasa membawa kad pengenalan di mana-mana sahaja. Jangan pula tak bawa IC seamasa keluar dari rumah.

Terdahulu, negara digemparkan dengan pembongkaran korupsi kakitangan dan pegawai jabatan kerajaan termasuklah mereka yang berpangkat tinggi menjadi dalang jualan kad pengenalan kepada warga asing.

Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau membayar sebanyak RM400,000 demi memiliki pasport dan MyKad warganegara Malaysia.

Bagi memudahkan serta melancarkan urusan perniagaan resort dan kontraktornya, Wang De Qun, 58 tahun bersetuju membayar seperti yang diminta kepada individu tersebut sebagai pelaburan supaya beliau tidak berdepan dengan pelbagai sekatan dan masalah di Malaysia.

Individu berkenaan yang terlibat sebagai dalang penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing ialah Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36, dan ahli perniagaan Lai Chin Wah, 56.

Sumber: Nor Zabetha