
India Kuat Kuasa Denda Tulis Karangan Jika Tidak Pakai Topi Keledar
Kebiasaannya jika melanggar undang-undang keselamatan di jalan raya misalnya tidak memakai topi keledar bagi penunggang motosikal, denda yang dikenakan ialah saman sebagai peringatan untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi.
Namun, denda dikenakan terhadap pengunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar di India berbeza dari negara-negara lain. Jika melakukan kesalahan itu, mereka ditahan dan diminta untuk menulis karangan kepada pegawai polis bertugas.
Menurut laporan Hindustan Times, dalam tempoh enam hari, lebih 150 penunggang motosikal yang ditahan atas kesalahan sama diminta menulis karangan 100 patah perkataan akibat gagal memakai topi keledar sejak ia dilaksanakan.

Inisiatif itu dilancarkan sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya yang berakhir Jumaat lalu kerana pemakaian topi keledar adalah wajib bagi penunggang motosikal di negara berkenaan.
Menurut pegawainya, kempen itu hanya berlangsung selama seminggu namun hukuman itu tetap akan diteruskan demi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang.
Sumber: The Star
Trending now



