Nicol David

Banyak Harumkan Nama Malaysia, Datuk Nicol David Dilantik Sebagai Duta Sukan Negara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memulakan karier sebagai atlet skuasy seawal usia lapan tahun, Datuk Nicol Ann David atau lebih dikenali dengan Nicol David merupakan wanita Asia pertama yang menduduki tangga pertama dunia dalam sukan skuasy wanita.

Pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, serta gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010, Nicol berjaya meraih gelaran profesional ketika berusia 16 tahun (2000).

Nicol David Bersara

Menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010), Nicol berjaya mempertahan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006 hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007.

Kemudiannya beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah sehingga membolehkannya meraih gelaran Pemain Terbaik WISPA sebanyak enam kali berturut dari tahun 2005 hingga 2010.

https://www.facebook.com/nicoldavidofficial/videos/534188557275668/?__xts__%5B0%5D=68.ARARuttDfZaXjQI1e1N3925Br6sgyw9dQzaTvIzKRJDhofzMexn83OJcGeXSev7y5HcENi3hfRF-_IWearl4nvxgot9q5uXZWA3B2JQgvHb5bv2nC3uZ355G4h1l4chTxS1EmIAhcQycK215zDhJV8dPry__ON8NCt4H5Ce_ACuar_oCA6b6t9-zCuVD3eZ_mLi9ChmP7Yf1bzGAfmfAxn9RgZRlrGLSIJ_8af9V4pVDEiFHVfL3M6EDHsBRyHN3IJ2t_-FxDNNcaWCRsqao81gGL_mik0Cxw7bxVwZv3Un9V3jDeJHco9C1KaYb5mBWPuVjcN5Sg8ONAjGTLABNHFwpjm9fow&__tn__=-R

Disebabkan terlalu banyak pencapaian dan sumbangan besar kepada negara, Nicol yang mengumumkan akan ‘menggantung raket’ secara rasmi Mei lalu selepas beraksi dalam Skuasy Terbuka Britain dijadikan sebagai duta sukan negara.

BACA: Nicol David Secara Rasmi Gantung Raket

Berita yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Sim Chee Keong melalui hantaran di Facebook beliau ini disambut baik semua pihak.

Nicol David Duta Sukan Negara

Bukan itu sahaja, gelaran ini diberikan sebagai pemangkin untuk lebih ramai wanita menyertai dunia sukan dam mencapai kejayaan seperti Nicol.

Sumber: Steven Sim Chee Keong