Iran-Dihalang-Jadi-Tuan-Rumah-AFC

Halang Republik Islam Jadi Tuan Rumah, 4 Kelab Bola Sepak Utama Iran Ancam Boikot ACL

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jumaat lalu (17 Januari), Konfederasi Bola Sepak Iran (IFF) telah menerima surat rasmi daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang memberitahu bahawa pasukan bola sepak Iran akan diharamkan daripada menganjurkan pertandingan Kejohanan Liga Bola Sepak Asia.

Menurut AFC, aksi perlawanan pada masa akan datang hanya akan berlangsung di negara ketiga ‘neutral’ yang mana kemungkinan besarnya ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Iran Dihalang Jadi Tuan Rumah AFC

Berikutan dengan halangan tersebut, empat kelab bola sepak utama Iran iaitu Esteghlal, Persepolis, Sepahan dan Shahr Khodro telah melakukan ancaman untuk memboikot Liga Juara-Juara Asia (ACL) sehingga halangan itu ditarik.

Dipercayai mempunyai kaitan dengan ketegangan hubungan Iran-Amerika Syarikat (AS) berikutan pembunuhan komender tertinggi Iran, Qasem Soleimani, kerajaan Iran mendakwa AFC bersikap berat sebelah dengan hanya berpihak kepada Barat.

BACA: Konflik AS-Iran Semakin Tegang, Bakal Cetus Perang Dunia Ketiga?

Walaupun tiada pengesahan sama ada pengharaman ini berlaku atau pun tidak daripada AFC, empat kelab tersebut memberitahu mereka hanya akan bermain sekiranya pihak AFC secara rasmi mengumumkan Iran boleh menjadi tuan rumah pesaing dalam Republik Islam.

Iran Tawar RM320 Juta Kepala Trump
Sumber; The Straits TImes

Menolak asas undang-undang tersebut, pengurus pasukan kelab bola sepak Iran meminta agar satu pertemuan dengan pegawai tertinggi AFC dilakukan.

BACA: Iran Tawar RM320 Juta Untuk Kepala Trump, Ancam Serang Rumah Putih

11 Januari lalu, Iran mengaku telah tersilap menembak pesawat komersial Ukraine semasa melakukan serangan balas kepada AS dengan melancarkan 22 peluru berpandu ke pangkalan tentera AS.

Sumber: JPost, FMT