Trailer ‘Gretel & Hensel’

Diambil Daripada Kisah Budaya Rakyat, Tonton Trailer Filem Seram Fantasi ‘Gretel & Hensel’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menampilkan genre seram fantasi, filem ‘Gretel & Hansel‘ ini dihasilkan berdasarkan kisah budaya rakyat Jerman, Hansel dan Gretel oleh The Brothers Grimm.

Diarahkan oleh Oz Perkin, filem yang ditulis oleh Oz Perkins dan Rob Hayes ini secara umumnya mengisahkan mengenai dua beradik lakonan Sophia Lillis dan Sam Leakey yang terdesak masuk ke kawasan hutan bagi mencari makanan dan pekerjaan telah menemui kejahatan yang menakutkan.

Trailer ‘Gretel & Hensel’ 1
Sumber: Pinterest

Seakan spin-off kepada cerita rakyat yang selalu anda baca semasa kanak-kanak, filem ‘Gretel & Hensel‘ ini pasti membuatkan imaginasi anda meliar.

Trailer ‘Gretel & Hensel’ 2
Sumber: medium

Bakal berada di pawagam 31 Januari ini, tonton dahulu trailer filem ini pada pautan di bawah: