Krisis Sussex Putera Harry Sedih Tinggalkan Gelaran Diraja

Krisis Sussex: Putera Harry Luah Rasa Sedih Terpaksa Lepaskan Tugas, Gelaran Diraja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Putera Harry amat berdukacita selepas beliau dan isterinya, Meghan terpaksa melepaskan tugas diraja susulan mengumumkan hasrat untuk keluar dari istana Buckingham.

Beliau yang mengaku bertanggungjawab dalam perpecahan keluarga diraja itu berkata keputusan tersebut sememangnya membawa kesedihan dalam dirinya, namun beliau ‘tiada pilihan’ demi Meghan dan anak kecil mereka, Archie.

Istana Buckhingham dan Ratu Elizabeth II mengumumkan bahawa Harry dan Meghan, tidak lagi akan menggunakan sebarang gelaran diraja atau menerima sebarang dana awam sebagai sebahagian daripada perjanjian bagi mereka memulakan kehidupan baharu di luar monarki British.

Ini bermakna, Harry selaku cucu kepada Ratu Elizabeth II dan isterinya, bekas pelakon Amerika Syarikat (AS), tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’- nasib sama seperti ibunya, mendiang Puteri Diana selepas bercerai dengan Putera Charles pada 1996.

Di bawah perjanjian itu, Harry akan kekal sebagai seorang putera dan pasangan tersebut akan mengekalkan gelaran Duke dan Duchess of Sussex sedang mereka memulakan kehidupan baru, iaitu membahagikan masa antara Amerika Utara dan Britain, namun tidak akan menyertai sebarang acara rasmi atau lawatan diraja pada masa akan datang.

Krisis Sussex Putera Harry Sedih Tinggalkan Gelaran Diraja
Sumber: The Indian Express

Pasangan itu membuat keputusan mengejutkan apabila memaklumkan mereka sekeluarga akan menetap di Amerika Utara (dilaporkan akan tinggal di Kanada sebagai rakyat biasa) dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri termasuk membiayai kos keselamatan mereka tanpa mengharapkan bantuan dari istana.

Polemik yang berlaku ini dikatakan isteri Harry menerima tekanan daripada media sama seperti mendiang ibu Putera Harry, Puteri Diana.

Difahamkan media UK sentiasa membuat cerita sensasi berkaitan Meghan dan dibandingkan dengan Kate Middleton, isteri kepada Putera William. Misalnya ketika Meghan sedang sarat mengandung, tajuk laporan mempersoal kelakuannya namun sebaliknya berlaku kepada Kate yang dilihat baik-baik sahaja di mata mereka.

Krisis Sussex Putera Harry Sedih Tinggalkan Gelaran Diraja
Sumber: BuzzFeedNews

Meghan sebelum mendapat gelaran Duchess of Sussex merupakan seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang dibesarkan di California. Sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga diraja British, beliau pernah menjadi pelakon yang membintangi watak sampingan dalam siri televisyen dan filem.

Walaupun kedua-duanya bukanlah berdarah bangsawan, tetapi nasib Meghan tidak sebaik Kate – ada sahaja sisi buruk dilaporkan media tempatan. Faktor terjadinya sebegitu tidak pasti, adakah kerana sukar menerima seoran wanita bukan kelahiran UK atau media sengaja bermain sentimen perkauman?

Sumber: Awani, Berita Harian, BuzzFeedNews