
Gara-Gara Nyatakan Solidariti Buat Palestin, Sejarawan Israel Ini Telah Disenarai Hitam
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Walaupun berasal dari yang terkenal dengan penindasan pada rakyat Palestin sejak berpuluh-puluh tahun dahulu, masih ada rakyat Israel yang tidak bersetuju dengan kekejaman yang negara mereka lakukan.
Seorang lelaki yang bekerja dalam bidang pendidikan, Profesor Ilan Pappe merupakan anak kelahiran Israel yang mengajar di Universiti Haifa, Israel pada 2007.
Namun kerana berani menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin secara terang-terangan dan menentang penindasan zionis terhadap mereka, beliau dibuang daripada posisi sebagai tenaga pengajar di sana.
Bukan itu sahaja, Prof. Ilan juga seakan disenarai hitam daripada mengajar di mana-mana institusi pendidikan Israel. Beliau bukan sahaja dilabel sebagai pengkhianat dan pengganas, tetapi juga dibuang dari kelompok masyarakat.
https://www.facebook.com/pappeIlan/posts/2697176916962030?__xts__%5B0%5D=68.ARD8DoS-Quzlgx7HznOYVBfGPOxe-u3W7vKQxm0sr7jP9L05ja51Cpfp8Wdy6g-lBE0883o6PKbdcj6pAX3qCPxLdo6UuKIWKa88l4GWTUFHqxOXhkFKH6lihqBFTrO7cVPN27BiygkVVI4wz0XXtoJpEmM9qAzOMXaKWZrs4W0NCV7LN8zI81L8LD5tVXySyWC9fKIUEyAeVqVD-HH5tK6lhXBknNEFlZf02PSHEIq_r8j0tZuv8dlTdoDFuSVbQN1FMuJq6Q45qssy5M79CI6oQQ-65WzKiE1XhJyKOZSyXx7l_nr_F7vYhVyevwwBiWVLNpvuj_ASTS4AexeLutxA85cZiY5ghQ&__tn__=-R
Disebabkan kesukaran kembali pada perjalanan kariernya, Prof. Ilan akhirnya mengambil keputusan untuk memulakan kerjaya sebagai pendidik di luar Israel.
Kini bergelar profesor Kolej Sains Sosial dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Exeter, UK, beliau yang hadir bagi menyampaikan ucapan ‘Palestin is still the issue‘ di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akui kagum dengan konsep keamanan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
“Penderitaan yang saya alami tidak dapat dibandingkan dengan apa yang mereka (rakyat Palestin) sudah dan sedang alami.”
Mengambil keputusan keluar dari Israel kerana menerima ugutan bunuh ke atas keluarganya, Prof. Ilan mengkritik ‘institusi kerajaan’ Israel yang sudah mendoktrin penduduk Israel agar ‘terbiasa’ dengan kekejaman terhadap Palestin.
BACA: Risau Kekejaman Diketahui Dunia, Israel Arah Stesyen TV Palestin Ditutup
Detik menyambung pelajaran di Universiti Oxford, England pada awal tahun 80-an merupakan titik perubahan dirinya yang mana penyelia yang dipilih adalah daripada bangsa Arab.
Daripada situ, beliau mula melihat perkara dari sudut berbeza. Bercakap mengenai itu, beliau memberitahu sekiranya beliau tidak keluar dari Israel, mungkin tiada Prof. Ilan yang sekarang.
Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Institusi Emil Touma, Pengajian Palestin semasa di Haifa, Prof. Ilan kini sudah menulis sekitar 20 buah buku dan artikel mengenai sejarah Timur Tengah pada umumnya dan mengkhususkannya di Palestin.
Sumber: NST
Trending now



