Kasut Nike Vaporfly Diharamkan Dalam Acara Sukan Larian 2

Banyak Kali Pecah Rekod, Kasut Nike Vaporfly Mungkin Diharamkan Untuk Acara Larian

Oktober tahun lalu, seorang pelumba lari maraton Kenya, Brigid Kosgei, 25 tahun telah berjaya memecahkan rekod larian maraton sebelum ini (2003 – London Marathon) oleh Paula Radcliffe dengan perbezaan masa hanya 1 minit 21 saat.

Namun kejayaan beliau yang berjaya menamatkan larian dalam masa 2 jam 14 minit 4 saat dalam acara Chicagi Marathon kemudiannya menjadi kontroversi hanya kerana jenis kasut yang digunakannya.

Kasut Nike Vaporfly Diharamkan Dalam Acara Sukan Larian 1

Disebabkan itu juga, pertubuhan World Athletics telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat ke atas pemilihan kasut sukan bagi acara larian bagi mengekalkan integriti acara sukan larian.

Apa yang uniknya pada kasut Nike edisi Vaporfly ini sehingga menyebabkan ianya diharamkan?

Menurut sumber, fungsi unik kasut Nike Vaporfly ini mampu memberikan ‘lonjakan’ kelajuan pemakainya dengan menggunakan teknologi tapak kasut fiber karbon.

Manakala bahagian atasnya diperbuat daripada bahan yang ringan, tidak menyerat air dan peluh bagi membantu pemakai merasa ringan walaupun dalam hujan.

Kasut Nike Vaporfly Diharamkan Dalam Acara Sukan Larian

Masih belum mengumumkan keputusan sama ada ianya akan diharamkan atau pun tidak serta status rekod Kosgei, World Athletics dikhabarkan akan meletakkan syarat pada ketebalan tapak kasut pelari, termasuklah tali kasut yang dicipta khas untuk mereka.

Bagi World Athletics, kemajuan terkini dalam pembuatan kasut sukan adalah hampir sama dengan konsep memberikan bantuan yang bertentangan dengan nilai-nilai sukan kepada atlet dan ianya sentiasa menjadi subjek perdebatan dalam dunia olahraga.

World Athletics kini berdepan dengan cabaran dalam mencari keseimbangan yang tepat dalam peraturan teknikal iaitu menggalakkan penggunaan teknologi baharu dalam olahraga di samping tetap menjaga ciri-ciri asas acara sukan seperti kesamaan, keadilan dan kebolehcapaian.

Ini kerana atlet yang memakai kasut jenis Nike Vaporfly ini kerap memecahkan rekod maraton dan menjadi pilihan ramai atlet untuk acara larian bertaraf tinggi.

Sumber: Newsweek, QZ