Wang Tidak Dituntut

Ini Langkah Mudah Semak ‘Wang Tidak Dituntut’ Tanpa Perlu Beratur Di Jabatan Akauntan Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hujung tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan mengenai Wang Tidak Dituntut dan meminta masyarakat untuk menuntutnya.

Ramai yang mengetahui tentang wang yang diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), namun masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk menuntutnya.

Hanya menggunakan akses dalam talian, anda sudah tidak lagi perlu menghadirkan diri ke pejabat akauntan negeri bagi melakukan semakan.

Untuk menyemak, ikuti empat langkah mudah di bawah:

  1. Layari https://egumis.anm.gov.my/
  2. Daftar masuk pendaftaran sebagai pengguna dan masukkan maklumat yang diminta.
  3. Daftar masuk menggunakan maklumat yang didaftarkan tadi dan kemaskini maklumat peribadi.Wang Tidak Dituntut 1
  4. Masukkan nombor kad pengenalan individu yang ingin disemak (hanya dua kali carian dibenarkan dalam tempoh satu hari).

Untuk pengetahuan anda, Wang Tidak Dituntut ini merupakan wang yang perlu dibayar kepada individu (tuan punya badan) tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang satu tahun seperti gaji, bonus, komisen serta tuntutan insurans yang telah diluluskan.

Sekiranya anda mempunyai amaun Wang Tidak Dituntut ini bolehlah muat turun borang tuntutan atau terus hadirkan diri ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tindakan seterusnya.