Teknologi 5G Malaysia

Hampiri Realiti, Rangkaian 5G Malaysia Dijangka Tersedia Pada Suku Ketiga Tahun Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selaras dengan kemajuan teknologi, Malaysia kini dikatakan akan beralih kepada rangkaian pengkomersilan teknologi generasi kelima (5G) pada suku tahun ketiga tahun ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak, pelaksanaan teknologi ini bukan sahaja akan mentakrifkan semula ketersambungan di Malaysia tetapi juga membawa kesan positif kepada ekonomi.

Dijangka bakal memartabatkan Malaysia sebagai satu perintis 5G di rantau ASEAN, pelaksanaan 5G agak berbeza kerana bukan sahaja digunakan untuk pengguna mengakses tanpa wayar tetap tetapi juga kepada industri serta perniagaan.

Teknologi 5G Malaysia 1

Kata beliau, pasaran tempatan masih lagi memerlukan 4G yang mana ianya akan kekal releben dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan ianya tidak akan digantikan oleh 5G dalam tempoh terdekat.

Malah pelaburan awal telah dilakukan dengan nilai RM143 juta yang melibatkan kerjasama daripada pihak SKMM dan beberapa syarikat telekomunikasi seperti Altel Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, DiGi.Com Bhd, edotco Group Sdn Bhd, Maxis Bhd, Petronas, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan UMobile Sdn Bhd bagi menjalankan projek demonstrasi 5G di enam negeri di Malaysia.

BACA: Terlebih Maju, China Dilaporkan Sudah Bina Kumpulan Penyelidikan Teknologi 6G

Walaupun kita cukup berbangga dengan pelaksaan 5G ini, China dilaporkan sudah pun memulakan penyelidikan 6G di sana.

Sumber: Berita Harian