
Beri Rating 0/10 Pada Nasi Lemak, Wartawan Barat Ini Teruk Dikecam Warga Twitter
Sebut sahaja hidangan nasi lemak, pasti antara kita sudah terbayang keenakan menu tersebut.
Terkenal sebagai makanan kebangsaan Malaysia, nasi lemak ini bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi juga pelancong luar.
Baru-baru ini, seorang jurnalis portal media The Telegraph, Katie Morley telah menimbulkan isu di Twitter apabila memuat turun ciapan berunsurkan kutukan kepada nasi lemak.
Kata beliau, nasi lemak kari ayam yang dihidangkan bersama ikan bilis berbau serta lembik semasa menaiki penerbangan British Airways merupakan hidangan penerbangan yang ‘buruk’.
“Chicken curry with rice” false advertising at its finest
— Katie Morley (@KatieMorley_) January 15, 2020
Tambah Katie, hidangan berasaskan ikan bilis semasa penerbangan adalah pilihan yang ‘mengarut’ kerana baunya.
Ada juga yang mempersoalkan percampuran telur dan kari.
Di ruangan komen, ramai yang membidas kenyataan beliau dengan mempertahankan hidangan tersebut. Antara yang sempat kami screenshot.
As a Malaysian, I understand people have tastes. I understand not EVERYONE knows what a Nasi Lemak is. Malaysians should stop acting like their food deserve world class treatment. We act like the whites disrespect our foods. But have we look at how we bastardized Western foods?
— MassoftheZuy (@MarsZuy) January 16, 2020
Did you get no choices? Usually on a 13-hour flight you get to choose a Western or an Asian breakfast. And usually there’s a description of the meal in the menu. So clearly this meal wasn’t going to be a surprise…
— AV Kitching (Anucyia Victor Kitching) (@NuchaBlue) January 15, 2020
Nasi lemak.The anchovies aren't supposed to be slimy,it's supposed to be crispy. It's british airline anyway,you can't expect a 10/10 traditional asian food lol
— 💀(بلقيس)💀 (@nolongerskek) January 16, 2020
Malah ciapan ini turut mendapat perhatian daripada Rhys Willliam yang terkenal dengan hobinya meneroka lokasi tempat makan menarik di Malaysia.
It's called nasi lemak and is considered Malaysia's national dish. Next time, do some research before posting..
Memalukan mat salleh je dia ni. Post gambar kutuk je, padahal nasi lemak sedap kot
"Journalist" yang tak pandai research dulu..
Bangang betul https://t.co/RJx4ucORAV
— matsall.eth (@si_rhys) January 16, 2020
Mungkin Katie perlu mencuba nasi lemak Air Asia, tak pun datang sendiri ke Malaysia untuk mendapatkan hidangan nasi lemak terbaik. Pasti akan beliau beri rating 10/10.
Trending now



