Jared Leto Morbius

Jared Leto Kembali Dengan Watak Anti-Hero Dalam ‘Morbius’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Restoran Dewakan merupakan satu-satunya restoran Malaysia yang memasuki Senarai 50 Restoran Terbaik Asia dengan menduduki tempat ke 46.

Dipilih daripada barisan panel juri yang berstatus chef, pengkritik makanan dan pemilik restoran, pemenang tempat pertama senarai tersebut adalah Odette dari Singapura dan disusuli oleh Gaggan (Bangkok) dan Den (Tokyo).

Nama Dewakan diambil sempena dengan percampuran dua perkataan ‘Dewa’ dan ‘Makan’ yang apabila digabungkan membawa makna makanan dan untuk dimakan. Dalam erti kata lain, makanan dari Dewa atau Tuhan.

Dengan menggunakan makna nama tersebut, Dewakan mempunyai satu misi utama iaitu menghormati dan menghargai segala kurnia dan berkat dari Tuhan di atas muka bumi.

Dalam satu hidangan pinggan Dewakan, bahan dari laut, ladang, gunung dan hutan dicampurkan kesemuanya dengan menggunakan kreativiti persembahan seni moden daripada enam orang tukang masak profesional.

Dewakan

Diketuai oleh Chef Darren Teoh dari Singapura, Dewakan menjalankan operasinya di dalam kampus Kolej Universiti KDU, Shah Alam yang mana beliau turut menjalankan latihan serta mengajar alumni menerusi program latihan.

Dibesarkan dalam keluarga tukang masak, Teoh yang juga tenaga pengajar di Kolej Universiti KDU percaya masakan ibu, nenek dan mak ciknya menjadi asas kepada kepercayaan ‘makanan harusnya bagaimana’.

Menghasilkan dua set hidangan iaitu ’16-course Kayangan’ (RM370) dan ‘9-course Nusantara’ (RM300), hidangan menu ini disusun serta dipersembahkan secara berseni, contohnya menu tartar kambing, udang bersama jus belimbing, jantung pisang bersama buah kerdas dan pencuci mulut seperti aiskrim gula melaka.

Contoh dua menu unik moden yang boleh didapati di Dewakan:

1. What Do Sheep Think : Otak kambing biri-biri yang dimasak bersama kulim (bawang putih hutan) dan cendawan kukur.

Dewakan

Dewakan

 

2. Fro-yo : Pencuci mulut yang diwangikan dengan minyak daun selom.

Dewakan

Dewakan

Mengenai status halal restoran, pihak kami ada menghubungi Dewakan untuk bertanyakan hal tersebut. Dewakan bukan restoran halal yang diiktiraf tetapi mereka tidak menggunakan alkohol dan bebas dari penggunaan khinzir.

Untuk anda yang berminat untuk merasai menu tradisi dan moden dan menikmati seni masakan dari tukang masak profesional, bolehlah ke lokasi yang berikut:

Aras bawah,
Kolej Universiti KDU, Utropolis Glenmarie,
Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor.

Jika berminat untuk melakukan tempahan, anda bolehlah hubungi Dewakan di talian 03-55650767 atau emelkan pertanyaan anda ke [email protected] atau laman Facebook rasmi mereka di sini.

Sumber: Dewakan

Kalau peminat anime dah masuk sini, mesti berat hati nak balik.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.