Kampung Baru Dijual

Isu Tanah Kampung Baru, Kerajaan Yakin Pelan Pembangunan Akan Dimuktamad Jun Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak Semptember lalu, harga belian tanah untuk pembangunan semula Kampung Baru menjadi perbualan.

Pada awalnya, kerajaan hanya menawarkan harga pembelian maksimum pada kadar RM850 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik atau pewaris tanah, namun kadar ini telah dinaikkan sehingga RM1,000.

BACA: Wajarkah Tanah Kampung Baru Dibeli Dengan Nilai RM850 Kaki Persegi Oleh Kerajaan?

Walau bagaimanapun, tambahan bayaran RM150 itu hanya akan diperoleh dalam bentuk pegangan saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang akan ditubuhkan kelak dengan tujuan menjamin hak pemilikan tanah di lokasi berkenaan.

Terbaharu, Kementerian Wilayah Persekutuan yakin dan optimis bahawa Pelan Pembangunan Kampung Baru ini akan dapat dimuktamadkan Jun ini berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kalangan pemilik tanah di sana.

Khalid Samad Tak Setuju Elaun Menteri Dipotong 1

Ini kerana perjumpaan secara kumpulan-kumpulan kecil yang dilakukan sejak bulan lalu telah menemukan sekitar 50% daripada 5,374 pemilik tanah dan 97% daripadanya sejutu untuk menjual tanah mereka bagi memberi jalan kepada pelaksanaan pembangunan ini.

BACA: Khalid Samad Tak Setuju Gaji Dan Elaun Menteri Dipotong, Sifatkan Ia Sebagai Tiada Keperluan

Walaupun kerajaan menawarkan harga akhirnya sebagai yang terbaik, wujud beberapa kebimbangan dalam kalangan penduduk, iaitu:

  1. Jika dibeli dengan harga lebih tinggi, harga bangunan yang bakal dibina dijangkakan akan meningkat dari luar kemampuan.
  2. Tanah Kampung Baru merupakan tanah rizab yang nilainya jauh lebih tinggi iaitu melebihi RM2,000 sekaki persegi, jadi jika dijual dengan harga jauh lebih rendah ini akan menyebabkan rizab Melayu terus menyusut.

Sumber: Berita Harian