Ulasan Filem Palying With Fire 1

Ulasan Filem: ‘Playing With Fire’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah mula ditayangkan di pawagam Malaysia, filem bergenre komedi Playing With Fire ini sangatlah sesuai untuk dijadikan tontonan sekeluarga terutamanya untuk tontonan hari minggu.

Mengisahkan mengenai sekumpulan anggota smoke jumper atau pemadam payung terjun, filem ini mengetengahkan karier yang tidak menjadi perhatian orang ramai.

Boleh digelar sebagai bomba udara, filem Playing With Fire ini dibarisi pelakon yang terkenal antaranya John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo, Brianna Hildebrand, Dennis Haysbert, dan Judy Greer.

Ulasan Filem Palying With Fire

Walaupun mendapat rating yang agak teruk daripada pengkritik filem ternama seperti Rotten Tomatoes, Metacritics dan IMDb, filem ini tidaklah seteruk yang anda bayangkan.

Lengkap dengan elemen kekeluargaan, pihak produksi filem ini sewajarnya diberikan pujian kerana berani mengambil risiko dengan mengambil barisan pelakon ‘berusia’ untuk berinteraksi dengan penonton dalam kalangan kanak-kanak menerusi lakonan.

Ya, seperti yang diuar-uarkan dalam portal berita, filem ini turut menampilkan lagu nyanyian kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS. Jadi jika anda bergelar ARMY seperti John Cena, ini semestinya menjadi asbab untuk menontonnya bukan?

Playing With Fire

Pada orang dewasa, mungkin ada beberapa babak yang kelihatan cliche, namun rasanya melalui filem ini anda dapat lihat sisi lain bekas ahli gusti WWE, John Cena kan?

Yang pastinya, pengakhirannya pasti membuatkan anda sedikit beremosi.

Jika anda masih tak pasti sama ada berbaloi atau pun tidak untuk ditonton, kami sarankan anda tonton dahulu trailer filem Playing With Fire ini di pautan bawah.

Oh ya, boleh juga tonton di sebalik tabir filem ini DI SINI.

Rating: 7.5/10