Kerajaan Teruskan Proton Perdana Bukan Vellfire

Kerajaan Akan Teruskan Guna Proton Perdana, Bukan Vellfire

Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal ditutup Ahad ini bagi memberikan laluan kepada acara Great Eastern Viper Bridge.

Jambatan yang turut dikenali dengan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup selama 10 jam iaitu mulai 12.01 tengah malam sehingga jam 10 pagi.

Oleh itu, para pengguna jalan raya diminta untuk merancang sepenuhnya perjalanan dan mematuhi arahan serta papan tanda yang disediakan.

Terutamanya kepada mereka yang menggunakan susur masuk dan keluar dari arah Batu Maung dan Bandar Cassia.

Walau bagaimana pun, jalan akses dari Bandar Cassia ke Plaza Tol Bandar Cassia (Plaza C) akan tetap beroperasi semasa acara dan kenderaan menghala susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan masih boleh menggunakan plaza tol tersebut.

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jika terdapat sebarang masalah, para pengguna jalan raya boleh menghubungi talian hotline Jambatan Kedua Sdn Bhd 1300-30-2828 atau laman sesawang www.jambatankedua.com.my serta Facebook dan Twitter rasmi mereka.

 

 

 

Sedapnya dia makannn!!!

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.